Setiap Hari Adalah Hari Yang Baru

Hari Baru,Mulakannya Dengan Ceria

Wednesday 29 February 2012

I Phone 4s

I Phone 4s!! Sejak diperkenalkan telefon bimbit ini di Malaysia,aku ingin memilikinya.Tetapi aku hanya pelajar sekolah tingkatan 2.Aku belum mampu untuk memiliki telefon seperti itu.Dengan harganya pula mencecah ratusan ringgit,aku hanya boleh melihat ia di dalam kaca saja..


Mungkin sudah ramai yang memiliki telefon ini.Setiap kali aku pergi menyaksikan perlawanan bolasepak di stadium atau dimana-mana saja,aku pasti akan terlihat orang mengambil gambar dengan Hanphone Skrin Sesentuh.Hati aku terasa tersentuh juga apabila melihat orang lebih maju dariku.Tapi bersyukurlah apa yang aku ada sekarang.Walaupun aku hanya memiliki handphone "lama",tetapi aku bangga kerana hanphone keluaran tempatan masih ada denganku dan ianya juga masih baik dan boleh digunakan.


Walau apa-apa pun,manusia boleh berubah.Kita mampu  bergerak ke hadapan dan sama maju dengan orang lain.Dengan usaha dan bebanan kita,mungkin suatu hari nanti kita juga boleh berdiri sama tinggi dengan orang lain..


Sekiranya kita sudah ada yang Baru,
Yang Lama jangan pula kita lupakan.

No comments:

Post a Comment